Wednesday, 26 November 2014

percaya

kau fikir dunia akan adil?
sudah tentu tidak. cuma satu yang adil; Allah.
kau mengaku kau adil? kau tipu aku. kau tipu semua orang.
paling teruk; kau tipu diri sendiri.

dunia mungkin sama rata tapi tak mungkin pernah adil.
kau teraniaya?aku pun sama.
kau sentiasa dibawah? ingat ada orang yang lagi kerap bila banding dengan kau; aku.

tapi kau rasa apa kau mampu buat? aku tak pernah fikir lain.
kalau bukan balik menghadap Tuhan? tunjuk sujud pada Tuhan?; Allah.
biar dunia tak akan pernah adil
tapi Allah pasti akan.

kau kena ada satu benda;
PERCAYA

Thursday, 30 October 2014

kekuatan

yang aku kutip dari setiap sisa kejadian.
kekuatan tu aku dapat dari segenap ruang.
ruang yang aku pinjam dari Allah. 
jatuh bangun semula aku bergantung pada kekuatan. 

kekuatan yang aku tampak pada abah & ma.
kekuatan yang terzahir dari tanggungjawap.
kekuatan yang aku serap dari pemerhatian. 
pemerhatian atas kehidupan yang lain.

walau tersungkur bangun semula.
kekuatan itu aku hirup selagi mampu bernafas. 
kekuatan yang aku damba dari setiap sujud.
yang aku pohon dalam setiap doa.

bila kekuatan itu aku kutip. aku genggam cebis demi cebis.
aku cantumkan jadi kekuatan diri.  
kekuatan yang aku sendiri tak pernah duga. 
tak pernah tercapai dek akal fikiran.

moga hasil kutipan sisa aku bisa menjadi gunung melangit laut melimpah. 








Thursday, 9 October 2014

terima kasih

dalam mulut ada  lombong emas ?
hujung mulut ada paku ?

terima kasih.
dua patah perkataan yang ringkas.
tapi kau tahu erti pada sang penerima ?
kesan: kalah dapat bunga ros hidup.
rasa dihargai. rasa terbalas segala susah.

bukan mengharap. bukan tak ikhlas.
tapi hati manusia.
aku pasti kau pun sama.

kadang mungkin pertolongan tak seperti kau idam.
tapi kau tahu dia dah seupaya cuba tolong kau ?
ada masa sampai lukakan hati sendiri ?

terima kasih.
nampak mudah. nampak ringkas.
dari sini orang dapat tahu.
kau reti bersyukur. kau reti menghargai. kau reti terima hakikat.

suku kata ini buat aku muak dengan orang.
orang yang tertutup mulut. oh silap. lebih tepat minda.
aku harap kau berjaya dengan lombong emas dalam mulut.

Saturday, 27 September 2014

si genit

hai kucing. si genit yang banyak ubah aku.
aku makin cengeng.
kalau dulu binatang tak pernah buat hati kental aku merendah.
tapi hakikat semakin berubah.

aku menangis pada cerita si kecil yang sedih dicerita di laman sosial.
aku lagi teresak bila tengok tayangan pendek pasal si genit. 

aku berhabis duit belikan segala aksesori
aku tak berkira belikan makanan untuk mereka.
bila kurang selera makan aku bekalkan makanan tambahan.
belikan juga makanan untuk kucing jalanan. aku tak pernah kisah.
duit mana boleh bawak mati. 

lagi parah aku dah berani sentuh semua kucing yang aku jumpa.
'tak takut ada jangkitan?' suara latar melontar keluar.
takut tapi yakin pada Allah. 
kucing ini semua lagi memerlukan kasih sayang kita. 
sekurangnya kasih aku pada makhluk kecil ini mampu kurangkan dosa aku yang bergunung.
layaknya di akhirat sana aku mampu jawab bila ditanya apa kebaikan yang aku lakukan.
moga ini menjadi salah satu alasan kukuh.

amin ya Allah.
amin ya Rabbal'alamin :) 
  

Wednesday, 17 September 2014

bertiga

ada kisah bila bertiga.

bila bertiga mesti ada satu yang tersisih.
orang itu aku.
mesti ada yang akan mengalah.
orang itu pun aku.

bertiga buat aku rasa lebih baik sendiri.
buat hati aku kecil mengecut.
buat jantung aku berlari keluar.
buat mata aku berhabuk berair.

bila bertiga akan kedengaran suara sumbang.
'kau tak penting kau menyibuk'
bila bertiga buat aku tak selesa.

diberi pilihan untuk bertiga:
akan aku pilih untuk berseorangan.
kerana aku tak layak untuk mana - mana satu.
aku tinggalkan mereka berdua.
sebab?
sebab aku tak mahu jadi yang ketiga; yang tempatnya tak pernah wujud definisi penting.


Tuesday, 16 September 2014

perihal kucing

dulu aku orang yang takut dengan kucing. bukan tak suka / geli. tapi tak pernah ada apa - apa rasa.
takut sebab pernah kena cakar (lupa kucing mana)
bila ada kucing aku lari. aku suruh yang lain amekkan bawak pergi jauh - jauh.

tapi sejak dari saat itu.
ma call cakap kucing yang datang dekat rumah dah beranak. adik - adik nak jaga.
tetiba dekat hati ni terdetik sesuatu. teringin nak tgk si kecil tu.
mintak orang dekat rumah tangkapkan gambar. whatsaap pada aku.

dan saat itu juga satu perasaan 'pelik' singgah dekat hati.
si kecil tu sangat comel. tetiba rasa sayang sgt.kembar si kecil mati. mungkin sebab sakit. tak sempat hidup lama.aku yang dulu tak pernah ada perasaan boleh sedih.

sejak dari itu. aku namakan si kecil chopin & si ibu itu ibu tompok.
pertama kali aku jumpa si chopin & ibu tompok, Ya Allah. hanya DIa yang tahu perasaan aku. betapa melimpah sayang aku untuk makhluk ini.

perasaan berani untuk sentuh & belai si kecil mengatasi fobia aku. Ya Allah. lembutnya bulu. gebu. comel. bermula dari situ.
aku yang memberi makan bila lapar.
 aku yang membelai waktu tidur.
 aku yang selimutkan waktu sejuk.
 aku yang buatkan susu & sediakan air.
 aku yang dukung keluar rumah.

dulu bila si chopin keluar rumah aku akan basuhkan kaki. kotor kata aku.
kalau boleh tak nak bagi main dekat luar.
risau hilang.
aishhh malu sendiri bila ingat.

sekarang si chopin dah ada adik.
si chopok & si cholack.
si chomot tak sempat hidup lama. kali ini lagi parah.
aku menangis.

rutin yang aku buat dekat si chopin dah bertambah.
tapi masih aku teruskan.
sekarang makhluk comel dah ada rumah baru.
khas abah buatkan.

bangun pagi jenguk sangkar.
malam berkejaran nak masukkan dalam sangkar.
makan tak pernah berhenti.
kalau kencing / berak merata pun tak sampai hati nak marah.
ada 'sesuatu' pada mereka.

rindu dekat mereka sama macam aku rindu dekat keluarga sendiri.
mungkin. oh bukan. memang pasti sebab mereka memang sebahagian dari keluarga aku.

Allah bagi mereka dekat aku sebab Allah nak aku lebih menyayangi.
supaya aku lebih bersabar.
Allah nak ajar aku erti perkongsian. bila makan ingatkan mereka sekali.
yang lagi penting Allah nak ajar aku mcmana nak jadi lebih bertanggungjawab.

nampak kan. betapa besar nikmat Allah bagi.
Allah rasa tak ternilai sgt.
dari takut boleh jadi sayang.
dari tak suka boleh terus jatuh hati.
betul. hati manusia ini berbolak - balik sifatnya.
sebab hati kita Allah yang pegang.

cuma sebab seekor kucing aku berubah menjadi haswani yang lain sifatnya.
sampai ada ketika soalan aku terima 'bukan along takut kucing ke?'
aku boleh senyum. aku hanya jawab - itu dulu.

Friday, 12 September 2014

renung

bila rasa down itu tanda iman lemah.
Allah. ampunkan aku.

selalu mulut aku menipu.
konon kuat kalah si badang.
badan dengan lagak berjalan yakin. 
tapi siapa tahu kisah di hati ? 
siapa peduli apa yang jadi ? 

kuat kah aku untuk terus bertahan ? 
terus berpura dengan lagak ? 

jangan difikir perkara dah lalu.
biar ditelan ribut petir.
biar diletup gunung berapi.

balik pada fitrah si makhluk.
jangan difikir apa yang kau beri.
tapi renung apa kau dapat. 

semoga Allah merahmati.