Saturday, 27 September 2014

si genit

hai kucing. si genit yang banyak ubah aku.
aku makin cengeng.
kalau dulu binatang tak pernah buat hati kental aku merendah.
tapi hakikat semakin berubah.

aku menangis pada cerita si kecil yang sedih dicerita di laman sosial.
aku lagi teresak bila tengok tayangan pendek pasal si genit. 

aku berhabis duit belikan segala aksesori
aku tak berkira belikan makanan untuk mereka.
bila kurang selera makan aku bekalkan makanan tambahan.
belikan juga makanan untuk kucing jalanan. aku tak pernah kisah.
duit mana boleh bawak mati. 

lagi parah aku dah berani sentuh semua kucing yang aku jumpa.
'tak takut ada jangkitan?' suara latar melontar keluar.
takut tapi yakin pada Allah. 
kucing ini semua lagi memerlukan kasih sayang kita. 
sekurangnya kasih aku pada makhluk kecil ini mampu kurangkan dosa aku yang bergunung.
layaknya di akhirat sana aku mampu jawab bila ditanya apa kebaikan yang aku lakukan.
moga ini menjadi salah satu alasan kukuh.

amin ya Allah.
amin ya Rabbal'alamin :) 
  

Wednesday, 17 September 2014

bertiga

ada kisah bila bertiga.

bila bertiga mesti ada satu yang tersisih.
orang itu aku.
mesti ada yang akan mengalah.
orang itu pun aku.

bertiga buat aku rasa lebih baik sendiri.
buat hati aku kecil mengecut.
buat jantung aku berlari keluar.
buat mata aku berhabuk berair.

bila bertiga akan kedengaran suara sumbang.
'kau tak penting kau menyibuk'
bila bertiga buat aku tak selesa.

diberi pilihan untuk bertiga:
akan aku pilih untuk berseorangan.
kerana aku tak layak untuk mana - mana satu.
aku tinggalkan mereka berdua.
sebab?
sebab aku tak mahu jadi yang ketiga; yang tempatnya tak pernah wujud definisi penting.


Tuesday, 16 September 2014

perihal kucing

dulu aku orang yang takut dengan kucing. bukan tak suka / geli. tapi tak pernah ada apa - apa rasa.
takut sebab pernah kena cakar (lupa kucing mana)
bila ada kucing aku lari. aku suruh yang lain amekkan bawak pergi jauh - jauh.

tapi sejak dari saat itu.
ma call cakap kucing yang datang dekat rumah dah beranak. adik - adik nak jaga.
tetiba dekat hati ni terdetik sesuatu. teringin nak tgk si kecil tu.
mintak orang dekat rumah tangkapkan gambar. whatsaap pada aku.

dan saat itu juga satu perasaan 'pelik' singgah dekat hati.
si kecil tu sangat comel. tetiba rasa sayang sgt.kembar si kecil mati. mungkin sebab sakit. tak sempat hidup lama.aku yang dulu tak pernah ada perasaan boleh sedih.

sejak dari itu. aku namakan si kecil chopin & si ibu itu ibu tompok.
pertama kali aku jumpa si chopin & ibu tompok, Ya Allah. hanya DIa yang tahu perasaan aku. betapa melimpah sayang aku untuk makhluk ini.

perasaan berani untuk sentuh & belai si kecil mengatasi fobia aku. Ya Allah. lembutnya bulu. gebu. comel. bermula dari situ.
aku yang memberi makan bila lapar.
 aku yang membelai waktu tidur.
 aku yang selimutkan waktu sejuk.
 aku yang buatkan susu & sediakan air.
 aku yang dukung keluar rumah.

dulu bila si chopin keluar rumah aku akan basuhkan kaki. kotor kata aku.
kalau boleh tak nak bagi main dekat luar.
risau hilang.
aishhh malu sendiri bila ingat.

sekarang si chopin dah ada adik.
si chopok & si cholack.
si chomot tak sempat hidup lama. kali ini lagi parah.
aku menangis.

rutin yang aku buat dekat si chopin dah bertambah.
tapi masih aku teruskan.
sekarang makhluk comel dah ada rumah baru.
khas abah buatkan.

bangun pagi jenguk sangkar.
malam berkejaran nak masukkan dalam sangkar.
makan tak pernah berhenti.
kalau kencing / berak merata pun tak sampai hati nak marah.
ada 'sesuatu' pada mereka.

rindu dekat mereka sama macam aku rindu dekat keluarga sendiri.
mungkin. oh bukan. memang pasti sebab mereka memang sebahagian dari keluarga aku.

Allah bagi mereka dekat aku sebab Allah nak aku lebih menyayangi.
supaya aku lebih bersabar.
Allah nak ajar aku erti perkongsian. bila makan ingatkan mereka sekali.
yang lagi penting Allah nak ajar aku mcmana nak jadi lebih bertanggungjawab.

nampak kan. betapa besar nikmat Allah bagi.
Allah rasa tak ternilai sgt.
dari takut boleh jadi sayang.
dari tak suka boleh terus jatuh hati.
betul. hati manusia ini berbolak - balik sifatnya.
sebab hati kita Allah yang pegang.

cuma sebab seekor kucing aku berubah menjadi haswani yang lain sifatnya.
sampai ada ketika soalan aku terima 'bukan along takut kucing ke?'
aku boleh senyum. aku hanya jawab - itu dulu.

Friday, 12 September 2014

renung

bila rasa down itu tanda iman lemah.
Allah. ampunkan aku.

selalu mulut aku menipu.
konon kuat kalah si badang.
badan dengan lagak berjalan yakin. 
tapi siapa tahu kisah di hati ? 
siapa peduli apa yang jadi ? 

kuat kah aku untuk terus bertahan ? 
terus berpura dengan lagak ? 

jangan difikir perkara dah lalu.
biar ditelan ribut petir.
biar diletup gunung berapi.

balik pada fitrah si makhluk.
jangan difikir apa yang kau beri.
tapi renung apa kau dapat. 

semoga Allah merahmati. 




 


Thursday, 11 September 2014

cerita susah

nak cerita susah memang payah.
perit nak ingat.
berat nak cerita.

susah dan aku memang serasi.
dari kecik sampai besar.
datang menempel berbagai jelmaan.

tapi susah ini ajar aku erti senang.
tunjuk aku apa makna sabar.
dari susah aku terdidik jadi kuat.

hai susah.
temanlah aku sampai ke sudah.
kalau susah buat aku mampu sujud ikhlas.

aku rela melukut bersama susah.
sebab nanti mampu aku tegak berdamping dengan sang senang.
senyum syukur jasa si susah.

mana nak tahu rasa sang senang.
kalau tak kenal siapa si susah.
aku angguk setuju kata si pandai.
'bukan susah nak susah. bukan senang nak senang'














Wednesday, 10 September 2014

kifarah dosa

aku antara orang yang lemah dari segi kesihatan.
selalu sakit tidak bersebab.
selalu penat tidak semena.
tapi semua itu ujian dari Allah.
sebagai kifarah dosa.
Allah masih titipkan peluang untuk hamba ini yang hatinya gelap hilang cahaya.

kesihatan & keceriaan permintaan setiap manusia bila tiap kali tidurnya jaga.
untuk selesa tunaikan apa yang wajib.
kuat bertarung untuk apa yang diamanahkan.
Allah Maha Besar.
dipilih aku untuk dikifarahkan dosa.
kifarah dosa yang besar maknanya untuk alam yang satu itu. akhirat sana.

maafkan aku kerana selalu menyusahkan kalian.
ampuni aku yang selalu merisaukan kedua ibu bapa.
dari kecil sampai dah cukup untuk berfikiran waras.
ini kifarah dosa untuk aku.

tiada niat untuk mengelat dalam tugasan.
tidak terdetik untuk terus menyusahkan si tua dalam umur cukup segala.
doakan aku kuat. agar bisa bertarung dengan kalian semua.
supaya mampu berdiri tegak.
agar terus kuat didunia ini.

sakit itu ujian dunia.
sakit itu kifarah dosa.





Tuesday, 9 September 2014

lagak kuat !

aku suka berlagak kuat.
depan semua orang.
walau hakikat aku si cengeng.
yang menangis pada banyak perkara.

aku menangis bukan sebab lembik.
bukan sebab gedik.
tapi sebab aku orang yang tak reti menjawab.
aku tak reti nak tengking lantang.
aku tak reti mengata pedas.
walau terkadang aku terbabas.
itu sebab sabar aku ada batas.

aku menangis sebab aku tahan.
aku cerita dekat semua tapi aku paham.
semua masuk kiri keluar kanan.
entah tak sempat masuk dah terus terbang.

kalau nampak aku nangis biarkan. jangan ditanya kenapa.
hanya sesetangah yang aku percaya. yang aku harapkan.
tapi datang peluklah aku.
agar aku bisa menangis semahu aku.
agar semua yang aku simpan yang aku tahan basah tenggelam dengan air tangis aku.

aku menangis bukan kerana lembik.
SEBAB AKU DAH TAK KUAT UNTUK TERUS BERLAGAK KUAT!

Saturday, 6 September 2014

aku dah cuba

aku dah cuba jadi baik untuk semua orang.

kadang aku rasa penat.
aku bukan malaikat. aku bukan nabi.
aku hamba Allah yang sama macam kau.
yang dilahirkan dengan penuh kekurangan.

aku cuba untuk jadi kawan yang baik.
tapi kadang aku terlucut kata.
aku tertarik muka.
aku terlepas pandang.
maafkan aku kawan.

aku cuba jadi anak yang solehah.
yang turuti setiap permintaan ibubapa.
yang menjaga hati.
tapi kadang aku ini meninggi suara tanpa sedar.
aku terhentak kaki dalam igau.
aku remehkan permintaan rapi.
maafkan aku abah & mama

aku dah cuba jadi kakak contoh.
aku dah cuba pelajar berdisiplin.
tolong faham satu erti : aku dh cuba.