Assalamualaikum. Mungkin blog aku sangat simple. Tapi ruang ini membantu aku untuk meluah segala rasa yang aku rasa.
Allah kurniakan perasaan. Perasaan yang pelbagai. Dikurniakan kepelbagaian ini untuk kita merasa nikmat sementara hidup dekat dunia pinjaman Allah ini. Antara perasaan yang sering jadi perbualan sekarang: CINTA
Ya cinta pada Illahi yang hakiki. Tapi diwujudkan lumrah cinta manusia cinta haiwan dan segala bentuk cinta yang lain. Allahuakhbar. Allah Maha Besar. Indah rasa cinta itu.
Aku nak cakap pasal cinta manusia. Pada yang telah bertemu cinta halal buatnya tahniah dari aku.
Dan pada saat ini ada orang diuji hebat dengan cinta manusia yang belum halal baginya. Sesungguhnya untuk mengelak perasan itu terasa payah. Sangat perit. Tapi adanya manusia ini sedar tentang permintaan agamanya yang suci. Terus mencuba menafikan segalanya.
Kawan dengar sini aku nasihat.
'Penafian yang engkau sedang lakukan tak akan bawa engkau ke mana. Mungkin lagi menambah sakit di hati. Dan berbaliklah engkau pada Sang Pencipta sesungguhnya dia jua yang melahirkan rasa ini. Biar cinta itu menjadi rahsia engkau dan Allah. Jangan jua terlalu berharap. Nanti makan diri. Aku tak sanggup untuk tgk engkau mengerekot kecewa. Teruskan lah hidupmu seperti biasa. Janganlah dilarikan diri darinya. Sebaliknya meminta - mintalah pada Yang Satu. Jika tertulis di Luh Mahfuz bahawa jodoh terbaik engkau itu dia dan engkau adalah orang yang beruntung. Tapi jika bukan dan engkau mampu redha dan bersyukur sebenarnya engkau lagi beruntung. Sesunggahnya Allah itu tidak memberi apa yang kita mahukan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. Jangan engkau lupa selitkan doa utk jodohmu pada setiap kali solatmu. In shaa Allah semua akan selamat.'
Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar dia jodoh terbaik untukku, jagakanlah hatinya untukku dan jagalah hatiku untuknya. Tapi jika dia buka yang terbaik untukku, hikangkanlah perasaan ini, luputkan dia dari ingatanku, jauhkan dia dari hidupku, hapuskan dia hatiku dan tutupkalah perasaan ini pada yang bukan terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
In shaa Allah.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment